Friday, 4 November 2011

Assalamualaikum..

Pada 30 September 2011, 1 dan 2 Oktober, kanak-kanak TBK KEMAS  Bandar Universiti telah menyertai pertandingan silat Hari Potensi Peringkat Negeri 2011 yang telah diadakan di Parit Buntar.

TBK KEMAS Bandar Universiti telah diwakili oleh seramai 15 orang kanak-kanak yang telah berlatih selama 3 bulan sebagai persediaan untuk pertandingan silat tersebut.














Thursday, 27 October 2011

JAMUAN RAYA

Pada hari Sabtu 24 September 2011 kami telah mengadakan "Jamuan Hari Raya Aidilfitri". Majlis tersebut adalah gabungan tiga pihak iaitu KRT Bandar Universiti, TABIKA KEMAS dan TABIKA PERPADUAN. Majlis tersebut dirasmikan oleh  YB DRS Nizar bin Zakaria. 

Kanak-kanak TABIKA KEMAS telah membuat persembahan silat dan nyanyian beberapa buah lagu patriotik. Antara gambar-gambar yang dapat dipaparkan adalah :

















PROGRAM BULAN SEPTEMBER :)

Assalamualaikum..para pembaca sekalian... pada tarikh 16 September 2011 saya dan cikgu Norlia telah mengadakan satu program sambutan "HARI KEMERDEKAAN" seperti yang telah disarankan. Jadi dengan kerjasama AJK TABIKA KEMAS Bandar Universiti maka terlaksanalah program tersebut. Antara program yang telah kami jalankan adalah Nyanyian 4 buah lagu patriotik sambil mengibarkan bendera dan menaikkan bendera. Selain itu terdapat pertandingan mewarna antara semua kanak-kanak TABIKA. Yang paling istimewanya kami ada buat cabutan bertuah. Semua ibu bapa sangat memberi kerjasama. Ribuan terima kasih buat semua ibu bapa TABIKA KEMAS Bandar Universiti. ^,^


Disini terdapat bebrapa gambar yang dapat kami paparkan.. enjoy it! :)







Kanak-kanak tengah tunggu program dimulakan :)


Cikgu ira nak menaikkan semangat..tunjuk bendera lah... ^.^


Ucapan dari tuan pengerusi TBK En. Mustafa b. Mohamad


Cikgu Norlia tengah sibuk tu..anak-anak nak tumpang lalu :)

                                         
Okay kanak-kanak.... ambil ni kertas untuk diwarnakan..nak cantik-cantik taw :) 



Tu dia... soldiers dah keluarkan alatan dia :)



Cepat..mesti cantik dan kemas ye sayang :)



Cabutan bertuah... bertuah mak Fatima n Ahmad ^.^



  Pilih la ape lagi :)

 Pemenang                                 




Alhamdulillah program tersebut habis pada jam 12.00 tengahari.. Semua kanak-kanak mendapat hadiah walaupun tidak menang. :)

CARTA ORGANISASI

Berikut adalah carta organisasi TABIKA KEMAS Bandar Universiti :


Pengerusi : Encik Mustafa B. Mohamad


Timbalan Pengerusi : Pn. Hamizah Bt Awang Chik


Setiusaha : Pn. Norlia Bt Salam


Bendahari : Cik Nur Syahirah Binti Sallehudin


Ahli JawatanKuasa : 
                 En. Mat Zuki B. Yahaya
                 En. Zulhisham B. Hashim
                 En. Mohd Khairi B. Mohd Ani
                 Pn. Yazlina Bt Yahya
                 Pn. Norharina Bt Abu Hassan
                 Pn. Jamaliah Bt Mat Isa
                 Pn. Fauziah Bt Abdul Rani
                 Pn. Noor Hayati Bt Rosdi
                 Pn. Nor Azura Bt Mohd Syaiyuddin


Pemeriksa Kira-Kira : 
                 Pegawai KEMAS

PROFIL TABIKA

TABIKA KEMAS BANDAR UNIVERSITI, dibuka pada tahun 2009 di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak. Seramai 4 orang PM telah bertugas di TABIKA KEMAS Bandar Universiti iaitu:

1 ) Pn. Fadzilah binti Yun  ( 2009 )
2 ) Cik Nor Azura binti Abdul Aziz ( 2010-2011 )
3 ) Pn. Norlia binti Salam ( MAC 2011 )
4 ) Cik Nur Syahirah binti Sallehudin ( OGOS 2011 )

TABIKA KEMAS Bandar Universiti mempunyai 2 orang PM ( terkini ) iaitu Cik Nur Syahirah Binti Sallehudin dan Pn Norlia Binti Salam. Selain itu, terdapat 30 orang kanak-kanak di TABIKA ini.